Pementas Dunia

kau adalah aku,
dan aku adalah engkau,
memang nyatanya dunia
dihiperbola menjadi padang pementasan,
dan engkau pementasnya,
menjadi sesuatu penyata bagi ayat penyata
teruskan langkah dalam setiap momentum nyata,
supaya tak lagi kau runtuh dibalik keindahan mimpi kata
yang menyelingkap kepada mereka yang dulu percaya,
dan lupakan setiap pena merah jiwa,
kerana kau adalah baru dan nyata,
mulakannya dan jangan toleh semula,
kau adalah peluang kedua,
tersingkap dalam kejatuhan kata,
bangun mencipta nama,
itulah engkau,
si pementas dunia,
menukil pena dibalik pena bermata .

penyajak tanpa gaji 
12 50 am
19 09 2019

Comments