HILANG

Kau hilang dibalik hingar bungar kelipan malam bersama suara-suara.
mereka berhibur dan gelak tawa.
dan kau hanya berteleku di dalam kelipan cahaya
namun ianya gelap.
cawan di tangan yang dipenuhi dengan air di pegang erat.
mata menatap kosong,
hingar bungar di keliling tidak kau ambil kesah
yang kau kesah di mana kau sekarang
kau tak pernah tahu sehingga kau tenggelam di balik cahaya yang dilindungi
gelapnya nafsu yang menghantui setiap kalam mimpi.
kau lesu dibalik sandiwara nafsu kau,
kau ditelan oleh indahnya hiperbola dunia,
dan mana mungkin kau mahu meletakkan kesalahan ini pada bahu orang lain,
sedangkan lorong ini yang kau pilih kala itu,
dan kini menyesal kemudian tiada gunanya.
tiada lagi yang diucapkan;
'peluang kedua'

21 Jun 2019
4;37 pm

Comments