Aku Bukan Sesiapa

Aku bukan sesiapa.

Aku terkesan apabila mereka mengkeji mereka yang terlibat dalam hubungan songsang. Bagi aku tiada hak untuk aku menghukum sebab aku pun sudah cukup banyak  aib yang Tuhan masih tutup. 

Wahai kamu yang terlibat dalam golongan seperti ini. Percaya pada aku kamu tak salah , kamu cuma kekeliruan identiti. Aku sudah cukup memahami. Mesti terdetik juga dalam jiwa kamu untuk keluar dari kancah ini, bukan? Percaya pada aku, suatu hari kamu mampu dan berjaya kembali pada fitrah asal yang telah Tuhan takdirkan.

 Dan untuk mereka yang menghukum , bukan dengan memaki dapat membalik kan jiwa mereka ke fitrah asal namun kelembutan dalam berdakwah. Ingat, bukan semua jiwa boleh menerima teguran secara kasar. Bagi aku, kalau kau nasihat dia secara kasar dan mungkin boleh jadi satu asbab untuk dia kembali tenggelam dalam kancah itu kerana dia menganggap bahawa memang tiada lagi ruang untuk dia menjadi lebih baik.

Memang benar sesiapa yang terlibat dalam hubungan yang melawan fitrah manusia ini, nescaya Rasullullah tidak mengakunya sebagai umat. 

Namun tak terdetikkah pada hati kita daripada kita menghina dan mencaci dan lebih baik kita menghulurkan bantuan . Bukan?

"Ketahuilah kau TIDAK dihukum kerana perasaan kau . Walaupun mungkin perasaan kau tidak normal, tetapi kau tidak berdosa sebab itu. Yang menjadi dosa adalah TINDAKAN kau."-Tarbiah Sentap 
Ikhlas dari aku,
Aku hanya manusia yang cetek ilmunya, yang sering ditegelahi dan jatuh dalam simpang perjalanan hidup.Dan ini adalah coretan aku buat mereka. yang baik jadikan contoh , dan kekurangan itu datangnya dari aku.

Jumpa di masa depan.


penyajak tanpa gaji

1209
26 September 2019

Comments