RASA
kau pernah jatuh,
bukan jatuh biasa,
tapi jatuh cinta,
untuk rasa yang salah ini,
aku meminta supaya terbang ke angkasa,
rasa ini wujud akibat jiwa anak muda,
ingatlah anak muda,
ini bukan masa kita lagi,
teguhkan niat kita berjihad di medan ilmu,
kerana ini adalah waktu kita,
rasa itu buang jauh,
dan paksikan cinta pada yang Satu,
dan jika kita masih degil,
ingatlah akan azab dan musibah,
yang akan menjelma dalam perjalanan
yang penuh kancah hina,
cinta manusia hina lagi dina,
yang lagi mulia kasih sayang Ya Rahman.
bukan mengeji,
namun peringatan buat diri ini
yang jelas jauh terpesong pada rasa manusia,
sedangkan diri ini tidak pernah mencuba
mencinta pencipta yang mencipta rasa.
penyajak tanpa gaji
1040 pm
25 september 2019
bukan jatuh biasa,
tapi jatuh cinta,
untuk rasa yang salah ini,
aku meminta supaya terbang ke angkasa,
rasa ini wujud akibat jiwa anak muda,
ingatlah anak muda,
ini bukan masa kita lagi,
teguhkan niat kita berjihad di medan ilmu,
kerana ini adalah waktu kita,
rasa itu buang jauh,
dan paksikan cinta pada yang Satu,
dan jika kita masih degil,
ingatlah akan azab dan musibah,
yang akan menjelma dalam perjalanan
yang penuh kancah hina,
cinta manusia hina lagi dina,
yang lagi mulia kasih sayang Ya Rahman.
bukan mengeji,
namun peringatan buat diri ini
yang jelas jauh terpesong pada rasa manusia,
sedangkan diri ini tidak pernah mencuba
mencinta pencipta yang mencipta rasa.
penyajak tanpa gaji
1040 pm
25 september 2019
Comments
Post a Comment